Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO - Hallo sahabat JOB JAWATAN KOSONG, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel bank, Artikel hartanah, Artikel kerajaan, Artikel perladangan, Artikel sosial, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO
link : Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

Baca juga


Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

Perintah atau warta yang diwar-warkan oleh Menteri KSM telah pun keluar. Admin sediakan Warta ini dalam bentuk pdf untuk membolehkan anda muatturun dan print untuk semakan dan simpanan korang tidak kira anda adalah pekerja atau majikan. Admin juga akan mengupas sedikit bagi memudahkan permahaman kita semua.

1. LINK MUATTURUN WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Berikut adalah link untuk korang muatturun Warta Perintah Gaji Minimum 2022 - Klik Sini

Admin ambil perenggan penting sahaja di dalam Warta Perintah Gaji Minimum 2022 untuk bacaan dan untuk diringkaskan selepas perenggan-perenggan penting ini.

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

2. PERENGGAN PENTING DALAM WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022

4. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—(a) seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan

(b) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia. (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023

5. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022

6. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah seperti yang berikut:



(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti yang berikut:


(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


3. KESIMPULAN

Untuk senang faham, admin ringkaskan seperti di bawah:-


1) MULAI 1 MEI 2022 WAJIB BAYAR RM1500

i - Jika majikan mempunyai 5 atau lebih pekerja.
ii -Tidak kira berapa jumlah pekerja, asalkan majikan menjalankan suatu aktiviti profesional (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


2. MULAI 1 MEI 2022 HINGGA 31 DIS 2022

i - jika majikan mempunyai kurang pekerja dari 5 orang. 

Kekal gaji RM1200/RM1100 ikut kawasan bandaraya/perbandaran/daerah


3. MULAI 1 JANUARI 2023

Semua majikan perlu bayar gaji pokok RM1500, tiada pengecualian.


4.  PENJELASAN MENGENAI PENGKELASAN AKTIVITI PROFESIONAL DI BAWAH MALAYSIA STANDARD CLASSIFICATION OF OCCUPATIONS (MASCO)

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional, contohnya seorang doktor yang menjalankan perniagaan klinik kesihatan, dikategorikan sebagai suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO dikehendaki mematuhi Perintah ini mulai 1 Januari 2013 tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan. 

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: 

Profesional, terdapat tujuh kumpulan sub utama iaitu: 

(a) Profesional Sains dan Kejuruteraan; 
(b) Profesional Kesihatan; 
(c) Profesional Perguruan; 
(d) Profesional Perniagaan dan Pentadbiran; 
(e) Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 
(f) Profesional Undang-undang, Sosial dan Kebudayaan; dan 
(g) Profesional Perkhidmatan Hospitaliti, Runcit dan Perkhidmatan Lain.


PIAWAIAN PENGELASAN PEKERJAAN MALAYSIA (MASCO) 2008  EDISI KETIGA 

KUMPULAN UTAMA 2 - PROFESIONAL 

Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat. 

21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN 
211 Ahli Fizik, Kimia, dan Profesional Berkaitan 
212  Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan 
213 Profesional Sains Hayat 
214  Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) 
215  Jurutera Elektroteknologi 
216  Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka 
217  Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/Lokomotif 
218  Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan 

22 PROFESIONAL KESIHATAN 
221 Doktor Perubatan 
222  Profesional Kejururawatan dan Perbidanan 
223 Profesional Perubatan Tradisional dan Komplementari 
224  Pengamal Paramedikal 
225  Pakar Veterinar 
226  Profesional Kesihatan Lain 

23 PROFESIONAL PERGURUAN 
231 Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi 
232  Guru Pendidikan Vokasional 
233  Guru Pendidikan Menengah 
234  Guru Pendidikan Rendah Dan Prapendidikan Rendah 
235  Guru Muzik, Seni, Dan Seni Persembahan 
236  Guru Bahasa 
237  Guru Agama 
238  Pengajar Kemahiran Teknologi Dan Teknikal 
239  Profesional Perguruan Lain 

24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 
241 Profesional Kewangan 
242 Profesional Pentadbiran 
243 Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam 
244  Profesional Badan Pengawalaturan 

25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 
251 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi 
252  Profesional Pangkalan Data dan Pentadbir Sistem 

26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN 
261  Profesional Undang-Undang 
262  Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator 
263 Profesional Sosial, Keagamaan dan Yang Berkaitan 
264  Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik 
265  Artis Kreatif dan Persembahan 

27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN LAIN 
271  Profesional Hotel, Restoran, Hospitaliti dan Berkaitan 


*Jika tidak faham, boleh komen di bawah. Admin usaha untuk jawab semua soalan anda.

Oleh admin banyakjawatan.my
28/04/2022
9:58 pagi



Demikianlah Artikel Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

Sekianlah artikel Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2022/04/warta-perintah-gaji-minimum-2022.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO"

Posting Komentar