Judul : Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021
link : Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021
Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk datang ke Temuduga Terbuka di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Sejarah
Asas pentadbiran Bandar Kuala Terengganu bermula dengan terbentuknya sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang dikenali sebagai Jumaah Bandaran Kuala Terengganu. Pentadbiran Bandar Kuala Terengganu kemudiannya diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Terengganu pada tahun 1979. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan persekitaran Kuala Terengganu dengan menyediakan kemudahan prasarana moden dan perkhidmatan yang berkesan bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan hidup warganya.
Meskipun penduduknya amat sinonim dengan aktiviti perikanan namun kegiatan ekonomi lain turut berkembang maju terutama kegiatan pertanian, pembuatan kraftangan seperti tembaga, songket, sutera, batik dan pembuatan bot tradisional. Keunikan seni budaya tradisional dan kreativiti kemahiran seni ukiran warisan penduduk Kuala Terengganu sejak berzaman telah menyumbang kepada industri perlancongan Negeri Terengganu.
Keindahan alam semula jadi anugerah Ilahi di bumi bertuah ini amat mengagumkan. Situasi ini merupakan aset yang tidak ternilai dan telah menjadikan Kuala Terengganu destinasi pelancongan yang terkenal. Penganjuran Piala Monsoon atau ‘The Formula One of Sailing’ yang merupakan siri pelayaran profesional mulai tahun 2005 menjadikan bandar ini dikenali oleh masyarakat antarabangsa.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
5. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
6. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
7. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
8. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
9. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
10. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
11. PEMBANTU OPERASI GRED N11
Syarat Lantikan:
Syarat-Syarat Lantikan Bagi Semua Jawatan :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i) Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);
ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan
Kelayakan Dan Cara Memohon
Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
Permohonan hendaklah dibuat melalui talian dengan melawati laman portal Majlis di alamat https://ift.tt/36BTPeg atau terus di https://ift.tt/2QFElg7.
Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
Maklumat Tambahan
Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sila rujuk iklan selanjutnya melalui link yang admin sediakan di bawah. Selamat maju jaya.
Demikianlah Artikel Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021
Sekianlah artikel Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021 dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2021/07/jawatan-kosong-di-majlis-bandaraya_15.html
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - 25 Julai 2021"
Posting Komentar