Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021

Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021 - Hallo sahabat Job Jawatan kosong Priority, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel bank, Artikel hartanah, Artikel kerajaan, Artikel perladangan, Artikel sosial, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021
link : Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021

Baca juga


Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Lembaga Teknologis Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Sejarah

Selaras dengan usaha untuk memantapkan fungsi dan peranannya selaku peneraju agenda STI negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014 dan dipersetujui di Dewan Rakyat pada 2 April 2015 lalu. Rang Undang-undang ini akan dibentangkan semula di Dewan Negara dalam tempoh terdekat sebelum diluluskan menjadi Akta Teknologis dan Juruteknik 2014 yang akan memberi laluan kepada penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Penubuhan MBOT akan memberi pengiktirafan kepada kerjaya teknologis dan memperkasa pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT).
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. TIMBALAN PENDAFTAR (STRATEGIK) GRED 48 


Syarat-Syarat Lantikan

(i) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(ii) Kelayakan masuk:

(a) Sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi/ pengurusan projek/ pengurusan perniagaan/ kejuruteraan/ komunikasi/ multimedia/ statistik atau setara dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(b) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c) Calon hendaklah berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris; dan

(d) Syarat Lantikan Tambahan: mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam teknologi/ pengurusan projek/ pengurusan perniagaan/ kejuruteraan/ komunikasi/ multimedia/ statistik/ pengurusan.


Fungsi/ Bidang Tugas:

(i) Membantu Pendaftar merancang, mengurus dan melaksanakan strategi bagi Pelan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang serta menyelaras dan memantau pelaksanaan pelan tindakan secara keseluruhannya.

(ii) Mengawal selia perilaku dan etika teknologis dan juruteknik melalui jalinan kerjasama dengan organisasi-organisasi strategik dari dalam dan luar negara.

(iii) Menjalankan dan menyelaras penyelidikan dan kajian-kajian berkaitan teknologis dan juruteknik dalam menambah nilai dan etika profesional profesion tersebut.

(iv) Menyelaras perancangan dan pelaksanaan dasar dan menjadi penghubung berkaitan program/ aktiviti MBOT dengan Kementerian.

(v) Mengawal selia, memelihara dan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan Panel-Panel Pakar Teknologi (TEP) dan pemegang taruh berkaitan.

(vi) Menyelaraskan operasi jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Lembaga, membantu Pendaftar dalam merancang dan melaksanakan hala tuju strategik dan aktiviti-aktiviti seperti yang diarahkan oleh Lembaga.

(vii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.


Cara membuat permohonan:

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalau Google Form. Link admin sediakan di bawah.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh tutup permohonan : 20 Julai 2021 (Isnin) jam 12.00 tengahhari.







Demikianlah Artikel Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021

Sekianlah artikel Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021 dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2021/07/jawatan-kosong-di-lembaga-teknologis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - 20 Julai 2021"

Posting Komentar