Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021

Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021 - Hallo sahabat Job Jawatan kosong Priority, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel bank, Artikel hartanah, Artikel kerajaan, Artikel perladangan, Artikel sosial, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021
link : Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021

Baca juga


Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021

Jawatan Kosong 2021 di Ketengah Holding Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd

Jawatan Kosong 2021 di Ketengah Holding Sdn Bhd


Latar Belakang

Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2003 dengan pegangan saham 100% oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH).

Tujuan penubuhan dan penglibatan KHSB, syarikat-syarikat anak dan bersekutu KHSB dalam pelbagai sektor meliputi perladangan, perkilangan, kuari, perniagaan & perkhidmatan, hartanah dan pendidikan adalah merupakan perintis dan pemangkin utama ke arah pembangunan ekonomi dalam Wilayah KETENGAH.

Sehingga kini, KHSB mempunyai pegangan saham di dalam sebelas (11) buah syarikat terdiri daripada Syarikat Anak, Usahawan dan Bersekutu.

Melalui penubuhan  KHSB, ini membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam wilayah KETENGAH. Sehubungan itu, ia membuka perluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Penubuhan ini juga, melahirkan dan membantu usahawan melalui aktiviti perniagaan dan projek-projek yang dijalankan, disamping itu ia menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi pendidikan di Wilayah KETENGAH dalam melahirkan masyarakat yang progresif, berpendidikan dan berdaya saing.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG KURATOR

2. PEMBANTU MUZIUM


Syarat Lantikan Penolong Kurator:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

I. Warganegara Malaysia;

II. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

III. Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains permuzium, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;

IV. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

V. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang ART and Design.


Deskripsi Tugas:

Membantu Pegawai Tadbir Muzium menguruskan dan melaksanakan pembangunan muzium, urusan perolehan sumber bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persedirian, pameran sementara, urusan penyelidikan, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan pengumpulan maklumat, urusan pameran sementara serta urusan pentadbiran dan kewangan.

Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repository artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.


Syarat Lantikan Pembantu Muzium:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

I. Warganegara Malaysia;

II. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

III. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau;

IV. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;

V. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.dan;

VI. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepijian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah kebudayaan dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan sebagainya.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu https://ift.tt/3bGWNjD (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

2. Permohonan hendaklah menghantar borang permohonan ke Ketengah Holding Sdn. Bhd.

3. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil akademik, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

4. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

5. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK :-

(a) Permohonan berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
(c) Borang tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
(e) Tidak ditandatangani.


Alamat Permohonan Dan Tarikh Tutup

Pemohonan hendaklah dihantar kepada:-

Ketengah Holding Sdn Bhd
Lot 70029, Jalan Sultan Zainal Abidin 3
Bandar Al Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)


Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2021


Demikianlah Artikel Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021

Sekianlah artikel Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021 dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2021/02/jawatan-kosong-di-ketengah-holding-sdn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Ketengah Holding Sdn Bhd - 28 Februari 2021"

Posting Komentar