Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020

Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020 - Hallo sahabat Job Jawatan kosong Priority, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel bank, Artikel hartanah, Artikel kerajaan, Artikel perladangan, Artikel sosial, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020
link : Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020

Baca juga


Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020

Jawatan Kosong 2020 di Polis Diraja Malaysia (PDRM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jawatan Kosong 2020 di Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Latar Belakang

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,336 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. KONSTABEL POLIS YT1


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

ii). PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

Contoh kelulusan seperti berikut:


iii). PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh kelulusan seperti berikut :



d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).


Diskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2020 (Isnin)


Klik Untuk Mohon Secara Online



Demikianlah Artikel Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020

Sekianlah artikel Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020 dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2020/11/jawatan-kosong-di-polis-diraja-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong di Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 30 November 2020"

Posting Komentar