Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Hallo sahabat Job Jawatan kosong Priority, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel bank, Artikel hartanah, Artikel kerajaan, Artikel perladangan, Artikel sosial, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
link : Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Baca juga


Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti.




Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.

Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.

Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta. KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan.

Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang.


Visi dan Misi

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.


MISI


Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

1. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

2. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
  • mengutamakan pelanggan
  • saksama
  • tidak membebankan
  • cekap
  • wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif

3. dengan menekankan :
  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

Pautan : http://www.moh.gov.my



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan masyarakat. Dalam usaha meningkatkan kualitas pendidikan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya. Untuk itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari pemuda - pemudi terbaik yang sangat cekap dan bermotivasi diri untuk mengisi Iklan jawatan kosong terkini 2017.

Dalam rangka memperluaskan jaringan jobs jawatan kosong terkini Jun 2017 dan untuk memenuhi keperluan sumber daya manusia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Jawatan Terkini kedudukan : PELUANG JAWATAN KOSONG

Pada hari ini bulan Jun 2017 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali membuka kesempatan berkarir atau membuka Iklan Jawatan Kosong Terkini Bulan Jun 2017 untuk lulusan terbaru dengan kelayakan sebagai berikut :

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia



Jawatan kosong KKM :

Kami mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :

  • Mempunyai keterampilan yang baik; 
  • Mempunyai semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan; 
  • Mempunyai bakat kepimpinan;
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.



1. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19 


(100 KEKOSONAGAN)


2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11


(646 KEKOSONAGAN)




Catatan :
  • Iklan Jobs 2017 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tarikh tutup : 08 Jun 2017
  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. 
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. 
  • Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.



Bagaimana anda berminat dengan jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ?



Jika anda berminat dengan jawatan kosong terkini Jun 2017 ini yaitu yang memberikan maklumat kepada anda tentang : Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Silakan REGISTRASI sila hantar sebaran berkas syarat lantikan secra lengkap via ONLINE kealamat link PAUTAN dibawah ini :



Pautan :  Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia


Demikianlah Artikel Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sekianlah artikel Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan alamat link https://jobjawatankosongpriority.blogspot.com/2017/05/jawatan-kosong-kementerian-kesihatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)"

Posting Komentar